PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Cenderung Naik Minggu Depan, Disokong Pengeluaran & Stok Rendah

28/12/2024 10:26 AM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan berikutan pengeluaran dan paras stok yang rendah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

MSM dijangka diniagakan antara RM4,580 dan RM4,750 satu tan bagi tempoh itu, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran dijangka kekal lengang berikutan dagangan minggu yang singkat, dengan kebanyakan peniaga antarabangsa bercuti hujung tahun dan cuti perayaan Krismas.

Beliau berkata niaga hadapan MSM berkemungkinan diniagakan antara RM4,400 dan RM4,500 satu tan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Januari 2025 meningkat RM213 kepada RM4,975 satu tan, Februari 2025 melonjak RM210 kepada RM4,781 satu tan, dan Mac 2025 menokok RM191 kepada RM4,624 satu tan.

Kontrak April 2025 naik  RM156 kepada RM4,459 satu tan, Mei 2025 menokok RM124 kepada RM4,331 satu tan dan Jun 2025 melonjak RM112 kepada RM4,253 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 194,976 lot daripada 582,992 lot minggu sebelum itu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 242,999 kontrak pada Jumaat berbanding 244,206 kontrak seminggu sebelum itu. 

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat sebanyak RM150 kepada RM5,050 satu tan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan