KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Minggu ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan dan repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut nilai kepada RM28.00 bilion pada Jumaat daripada RM33.32 bilion pada akhir minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurang kepada RM22.20 bilion daripada RM24.70 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 26 Dis, 2024.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial