KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diniagakan bercampur-campur pada Selasa, dipengaruhi oleh prestasi pasaran niaga hadapan serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah penanda aras, kata peniaga.
Katanya, sentimen pasaran global turut dipengaruhi kebimbangan mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang kembali tercetus selepas China bertindak balas terhadap tarif perdagangan AS.
“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan susulan ramalan cuaca buruk di beberapa negara pengeluar utama, perkembangan mengenai langkah rangsangan China dan data ekonomi AS yang menggalakkan,” katanya.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menyusut 18.5 sen kepada 885.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok 3.0 sen kepada 688.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial