KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah berikutan minat pasaran terus melesu.
Seorang penganalisis berkata selain itu, pelabur telah mengambil keuntungan selepas logam itu disokong ke atas selama dua hari, didorong oleh permintaan aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang tarif.
Kontrak Februari 2025 berkurangan kepada US$2,913.60 setiap auns troy daripada US$2,932.20 yang disaksikan pada Jumaat lepas, manakala kontrak Mac 2025 jatuh kepada US$2,920.70 berbanding US$2,939.30 sebelumnya.
Kontrak April, Mei serta Jun 2025 menurun kepada US$2,929.00 setiap auns troy daripada US$ 2,946.70.
Jumlah dagangan menyusut kepada 17 lot daripada 48 lot, manakala kepentingan terbuka menyempit kepada 74 kontrak berbanding 104 sebelum ini.
Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 14 Februari lepas, emas fizikal berharga US$2,921.25 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial