PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Anggaran Eksport Lemah

20/02/2025 09:38 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata ini disebabkan anggaran eksport lemah dan aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan harga baru-baru ini.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,550 setan metrik dan paras rintangan pada RM4,750 setan metrik,” katanya.

Sementara itu, ketua penyelidik komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM yang rendah itu adalah disebabkan jualan minyak soya di Chicago Board of Trade (CBOT) dan minyak kacang soya mentah Amerika Selatan (CDSBO) semalaman.

“Pasaran susut daripada kenaikan pada Rabu apabila niaga hadapan MSM meningkat di tengah-tengah khabar angin dalam pasaran bahawa Indonesia mungkin akan melarang atau mengehadkan eksport minyak sawit menjelang Ramadan,” katanya. 

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 berkurangan sebanyak RM32 kepada RM4,816 setan metrik, April 2025 turun RM21 kepada RM4,736 setan metrik dan Mei 2025 susut sebanyak RM30 kepada RM4,642 setan metrik.

Kontrak Jun 2025 turun RM34 kepada RM4,530 setan metrik manakala Julai 2025 susut RM36 kepada RM4,427 setan metrik dan Ogos 2025 berkurangan RM37 kepada RM4,357 setan metrik.

Jumlah dagangan turun kepada 69,725 lot daripada 112,708 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 239,575 kontrak daripada 242,406 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan kekal tidak berubah pada RM4,880 setan metrik.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan