Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa, dipacu oleh kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun getah luruh yang berterusan serta cuaca yang lembap di negara-negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran juga disokong kenaikan harga minyak mentah penanda aras dan ringgit yang menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dalam persekitaran keyakinan terhadap langkah rangsangan tambahan oleh China.
Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent naik 0.43 peratus kepada US$75.54 setong.
"Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan oleh ketidakpastian tarif perdagangan AS dan penurunan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Lembaga Getah Malaysia melaporkan setakat 3 petang, SMR 20 meningkat setengah sen kepada 915.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 687.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial