Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini selepas didorong oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Beliau memberitahu Bernama, sentimen pasaran juga telah dirangsang oleh data unjuran Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) yang mencerminkan pengeluaran getah asli global di tengah-tengah harapan yang semakin meningkat terhadap langkah-langkah rangsangan China.
Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh konflik di Timur Tengah yang semakin memuncak, yang meningkatkan ketidakpastian ekonomi global.
ANRPC melaporkan bahawa pengeluaran getah asli global dijangka menokok sebanyak 0.5 peratus pada 2025 berbanding 2024. Pada masa yang sama, permintaan untuk getah asli dijangka mempunyai pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 1.3 peratus tahun ini.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 naik 10 sen kepada 735.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal melonjak tiga sen kepada 627 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial