KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
Pada sesi penutup dagangan, kontrak Mei 2025 susut 6.5 mata kepada 1,527.0, Jun 2025 turun 9.0 mata kepada 1,524.0, September 2025 berkurangan 10.5 mata kepada 1,508.0 dan Disember 2025 jatuh 10 mata kepada 1,515.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 33,899 lot daripada 18,309 lot pada hari Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 73,526 kontrak daripada 53,742 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 8.14 mata atau 0.53 peratus kepada 1,526.16 daripada paras 1,534.30 pada Isnin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial