PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Sesi Dagangan Ketiga Berturut-turut

30/06/2025 07:35 PM

Oleh Zarul Effendi Razali dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum meningkatnya untuk ditutup tinggi bagi sesi dagangan ketiga berturut-turut, disokong oleh pembelian berterusan dalam produk dan perkhidmatan industri terpilih serta kaunter penjagaan kesihatan, kata seorang penganalisis.

Press Metal dan IHH Healthcare merupakan dua kaunter untung utama meningkat 17 sen dan 10 sen masing-masing kepada RM5.18 dan RM6.82, menyumbang gabungan 3.90 mata kepada kenaikan indeks penanda aras.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.80 mata, atau 0.31 peratus, kepada 1,532.96 daripada paras penutup 1,528.16 pada Khamis minggu lepas.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Jumaat minggu lepas, sempena cuti umum sambutan Awal Muharram.

FBM KLCI, yang dibuka tinggi naik 5.25 mata kepada 1,533.41, bergerak antara jajaran 1,526.30 dan 1,538.10 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 531 kaunter berbanding 443 kaunter, manakala 506 kaunter tidak berubah, 959 tidak diniagakan dan 102 digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 3.57 bilion unit bernilai RM2.68 bilion daripada 2.90 bilion unit bernilai RM2.23 bilion.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, pasaran serantau kebanyakannya ditutup lebih tinggi ketika pelabur mencerna pengumuman data utama, termasuk bacaan indeks pengurus pembelian (PMI) China pada bulan Jun dan output industri Mei dari Korea Selatan dan Jepun.

"Sektor pembuatan China menyusut bagi tiga bulan berturut-turut pada Jun, meningkatkan jangkaan rangsangan tambahan di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang berterusan dengan Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada Bernama.

Thong berkata di pasaran tempatan terdapat petanda pemulihan yang menggalakkan susulan momentum penurunan harga yang makin mereda, peningkatan jumlah dagangan dan sentimen pelabur yang meningkat beransur-ansur.

"Buat masa ini, kami menjangkakan FBM KLCI turun naik antara jajaran 1,520 dan 1,550 bagi minggu ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Maybank turun 11 sen kepada RM9.70, Public Bank susut 3.0 sen kepada RM4.31, Tenaga Nasional naik 12 sen kepada RM14.38, CIMB berkurangan 1.0 sen kepada RM6.79 dan CelcomDigi meningkat 3.0 sen kepada RM3.93.

Dalam kalangan saham paling cergas, Tanco susut 1.5 sen kepada 91.5 sen, MYEG dan NextG meningkat 1.0 sen masing-masing kepada 95 sen dan 37 sen, Gamuda naik 14 sen kepada RM4.79, dan YTL Corporation menokok 5.0 sen kepada RM2.32.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 48.97 mata kepada 11,447.77, Indeks FBMT 100 menokok 48.40 mata kepada 11,229.76, dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 97.11 mata kepada 11,438.24

Indeks FBM 70 melonjak 128.95 mata kepada 16,399.61 manakala Indeks FBM ACE susut 4.83 mata kepada 4,469.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 86.52 mata kepada 17,650.58, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.85 mata kepada 153.83, Indeks Perladangan menambah 21.18 mata kepada 7,350.20, dan Indeks Tenaga meningkat 2.60 mata kepada 735.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.52 bilion unit bernilai RM2.38 bilion daripada 1.30 bilion unit bernilai RM1.95 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.75 bilion unit bernilai RM210.62 juta daripada 1.26 bilion unit bernilai RM169.56 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 302.07 juta unit bernilai RM84.63 juta daripada 334.31 juta unit bernilai RM106.81 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 276.28 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (279.46 juta), pembinaan (111.54 juta), teknologi (193.48 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (84.34 juta), hartanah (174.86 juta), perladangan (29.34 juta), REITs (27.79 juta), dana tertutup (31,700), tenaga (119.99 juta), penjagaan kesihatan (83.84 juta), telekomunikasi dan media (49.10 juta), pengangkutan dan logistik (18.55 juta), utiliti (69.14 juta), dan amanah perniagaan (53,200).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan