Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam julat kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras itu dijangka didagangkan antara 1,530 hingga 1,560 mata pada minggu depan.
Beliau berkata indeks itu telah melepasi paras 1,530, menandakan titik perubahan teknikal.
“Selagi indeks kekal di atas paras ini, potensi kenaikan ke arah 1,550 hingga 1,570 adalah berkemungkinan,” katanya kepada Bernama.
Berdasarkan mingguan, kontrak Julai 2025, Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing susut 17.5 mata kepada 1,532.0; 1,530.0 dan 1,511.0 manakala kontrak Disember 2025 merosot 17.0 mata kepada 1,510.5.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 28,804 lot daripada 34,314 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40,748 kontrak daripada 34,783 kontrak.
FBM KLCI menamatkan dagangan minggu ini dengan prestasi rendah, susut 14.12 mata kepada 1,536.07 daripada 1,550.19 ketika ditutup minggu lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial