PASARAN > BERITA

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

14/07/2025 05:10 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan penyusutan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot apabila permintaan tayar yang perlahan menjejaskan sentimen pelabur dan memberi tekanan kepada bahan mentah berkaitan.

Peniaga berkata pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai tarif selanjutnya pada akhir minggu lepas turut menjejaskan sentimen pasaran.

“Trump pada Sabtu memberi amaran untuk mengenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas import dari Mexico dan Kesatuan Eropah (EU) bermula 1 Ogos, selepas beberapa minggu rundingan dengan rakan dagang utama AS tidak berjaya menghasilkan perjanjian perdagangan menyeluruh," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya penyusutan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah.

"Harga minyak meningkat pada Isnin, meneruskan kenaikan lebih dua peratus pada Jumaat berikutan pelabur memantau potensi impak sekatan tambahan AS ke atas Rusia yang boleh menjejaskan bekalan global," katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menyusut lapan sen kepada 718 sen sekilogram manakala susu getah pukal rendah 2.5 sen kepada 564 sen sekilogram.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan