KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
Pada akhir dagangan, kontrak Julai 2025, Ogos 2025 dan September 2025 menokok 14.5 mata masing-masing kepada 1,534.0; 1,530.5 dan 1,512.0 manakala Disember 2025 naik 12.5 mata kepada 1,513.5.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 3,814 lot daripada 4,006 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 38,937 kontrak daripada 38,450 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.39 mata atau 0.68 peratus kepada paras tertinggi intra-harian pada 1,529.79 daripada paras penutup 1,519.40, semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial