Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum dan ditutup meningkat, seiring dengan aliran kenaikan harga minyak kacang soya.
Peniaga minyak sawit, David Ng berkata pengeluaran MSM yang lebih rendah di Indonesia juga hanya mendorong kepada sentimen pasaran hari ini.
“Kami menjangkakan paras sokongan harga MSM pada RM4,200 satu tan manakala rintangan pada RM4,350 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Sewaktu ditutup, kontrak bulan semasa Ogos dan Oktober 2025 masing-masing meningkat RM15 kepada RM4,259 dan RM4,330 satu tan manakala kontrak September 2025 dan Disember 2025 masing-masing naik RM12 kepada RM4,310 dan RM4,329 satu tan.
Kontrak November 2025 menokok RM14 kepada RM4,334 satu tan manakala Januari 2026 naik RM8 kepada RM4,321 satu tan.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 75,735 lot daripada 75,900 lot semalam dan kepentingan terbuka meningkat kepada 233,661 kontrak daripada 231,569 sebelum ini.
Harga fizikal MSM untuk Julai Selatan naik RM10 kepada RM4,280 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial