PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

05/08/2025 07:42 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 dan September 2025 meningkat 9.0 mata setiap satu kepada 1,539.50 dan 1,519.0, Disember 2025 naik 8.0 mata kepada 1,519.0, dan Mac 2026 menokok 12.0 mata kepada 1,507.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,756 lot daripada 6,905 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 42,660 kontrak daripada 42,085 sebelumnya.

Pada 5 petang,  FBM KLCI meningkat 11.66 mata atau 0.76 peratus, untuk ditutup kepada  1,538.64 daripada paras penutup 1,526.98 pada Isnin.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan