KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Rabu.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 naik 3.5 mata kepada 1,543.0, September 2025 menokok 5.0 mata kepada 1,524.0, Disember 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,524.50, manakala Mac 2026 kekal tidak berubah pada 1,507.0.
Jumlah dagangan susut kepada 5,351 lot daripada 5,756 pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 42,730 daripada 42,660 kontrak sebelum itu.
Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 2.84 mata atau 0.19 peratus untuk ditutup pada 1,541.48 daripada 1,538.64 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial