PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

09/08/2025 10:31 AM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, berpotensi melepasi paras 1,580, kata seorang penganalisis.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan dalam jajaran 1,540-1,565, sekiranya indeks itu kekal dalam trend tersebut dengan jumlah dagangan yang bertambah baik.

“Bagi minggu yang baru berakhir ini, indeks petunjuk pasaran tempatan melepasi paras rintangan utama pada 1,540, disokong oleh momentum yang positif.

"Selepas mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan, pasaran tempatan kini bergerak seiring dengan bursa serantau yang mencatatkan prestasi lebih kukuh," katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat 27.0 mata kepada 1,556.0, September 2025 dan Disember 2025 naik 26.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,535.0 dan 1,535.0, dan Mac 2026 menokok 23.0 mata kepada 1,520.50.

Jumlah dagangan minggu ini merosot kepada 27,952 lot daripada 160,658 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka turun kepada 42,137 kontrak daripada 41,270 kontrak.

FBM KLCI mengakhiri minggu ini ditutup lebih tinggi naik 23.63 mata kepada 1,556.98 daripada 1,533.35 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan