KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih semula untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu.
Ia mencerminkan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat kepada US$3,364.10 setiap auns troy daripada AS$3,351.70 setiap auns troy ketika ditutup pada Selasa.
Kontrak September 2025 menokok kepada US$3,369.80 setiap auns troy daripada US$3,357.40, kontrak Oktober 2025 naik kepada US$3,399.20 setiap auns troy daripada US$3,385.90 manakala kontrak November 2025 melonjak kepada US$3,416.60 setiap auns troy daripada US$3,403.30.
Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 turut ditutup lebih kukuh pada US$3,436.10 setiap auns troy daripada US$3,422.80 sebelumnya.
Jumlah dagangan susut kepada 21 lot daripada 24 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 54 kontrak daripada 50 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal berharga US$3,343.30 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 12 Ogos, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial