PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

18/08/2025 01:44 PM

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dan sejajar dengan kenaikan dalam pasaran saham serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.35 mata kepada 1,583.69 daripada 1,576.34 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi 1.92 mata kepada 1,578.26 dan bergerak antara 1,571.19 hingga 1,581.79 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh negatif sedikit dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 429 berbanding 406, manakala 435 kaunter tidak berubah, 1,316 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.43 bilion saham bernilai RM1.18 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan indeks bergerak antara 1,570 hingga 1,580 hari ini, memandangkan sentimen pasaran tempatan mungkin lebih berhati-hati buat masa ini.

“Wall Street ditutup bercampur-campur apabila para peniaga memilih untuk mengambil keuntungan selepas peningkatan kukuh secara mingguan di tengah-tengah penurunan sentimen pengguna Amerika Syarikat (AS) bagi Ogos yang terjejas disebabkan kebimbangan terhadap inflasi.

“Walaupun indeks masih 20 mata lebih tinggi secara mingguan pada minggu lalu, namun agak mengecewakan kerana indeks gagal menguji paras 1,600,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank kekal tidak berubah pada RM9.80, Public Bank naik 3.0 sen kepada RM4.48, CIMB menambah 2.0 sen kepada RM7.27, IHH Healthcare menokok 7.0 sen kepada RM6.89, manakala Tenaga Nasional susut 4.0 sen kepada RM13.58.

Dalam kalangan saham paling aktif, Velesto dan Tanco masing-masing kekal tidak berubah pada 18.5 sen dan 73 sen, Pharmaniaga susut setengah sen kepada 17 sen, manakala YTL Power naik 14 sen kepada RM4.34.

Dalam pasaran secara menyeluruh, Indeks FBM Emas meningkat 42.28 mata kepada 11,773.34, Indeks FBMT 100 menokok 43.54 mata kepada 11,556.40, Indeks FBM Emas Shariah naik 34.43 mata kepada 11,689.28, dan Indeks FBM Mid 70 menokok 18.50 mata kepada 16,679.18, namun Indeks FBM ACE susut 23.81 mata kepada 4,689.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 44.05 mata kepada 18,124.12, Indeks Perladangan menokok 21.24 mata kepada 7,525.27, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.70 mata kepada 158.42, manakala Indeks Tenaga susut 2.04 mata kepada 738.79.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan