PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Mendatar Minggu Depan

30/08/2025 10:52 AM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan mendatar dengan kecenderungan menurun berikutan aktiviti pengambilan keuntungan pada minggu depan, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ng memberitahu Bernama bahawa harga mungkin akan berlegar antara RM4,300 hingga RM4,550 setan.

Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group of Companies Jim Teh turut berkongsi pendapat yang sama, katanya, pasaran minggu depan dijangka menyaksikan pengambilan keuntungan memandangkan inventori minyak sawit kekal tinggi.

“Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), stok minyak sawit Malaysia pada akhir Julai naik 4.02 peratus dari bulan sebelumnya kepada 2.11 juta tan,” katanya kepada Bernama.

Permintaan fizikal akan datang dari China, India, Pakistan, Timur Tengah dan Kesatuan Eropah.

Dari minggu ke minggu, kontrak September 2025 jatuh RM145 kepada RM4,308 setan dan Oktober 2025 merosot RM151 kepada RM4,347 setan.

Kontrak November 2025 menurun RM149 kepada RM4,380 setan, Disember 2025 merosot RM138 kepada RM4,408, manakala Januari 2026 menyusut RM122 kepada RM4,425 dan Februari 2026 berkurangan sebanyak RM111 kepada RM4,417.

Jumlah dagangan mingguan menurun kepada 294,986 lot berbanding 361,870 lot yang dicatatkan pada minggu lepas, manakala minat terbuka melonjak kepada 253,380 kontrak daripada 249,263 kontrak. 

 Harga MSM fizikal untuk September Selatan melemah RM100 kepada RM4,370.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan