PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Kadar Faedah AS Turun

18/09/2025 09:36 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menurunkan kadar faedah utama.

Bank pusat AS itu bertindak mengurangkan 25 mata asas semalam selepas kali terakhir berbuat demikian pada Disember lepas.

Kontrak semasa September 2025 menokok kepada US$3,676.60 setiap auns troy daripada US$3,675.20 setiap auns troy semalam, Oktober 2025 naik kepada US$3,692.70 daripada US$3,692.00 manakala November 2025 menambah kepada US$3,709.50 daripada US$3,708.80 setiap auns troy.

Selain itu, Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing ditutup lebih tinggi pada US$3,730.40 setiap auns troy berbanding US$3,729.70, sebelum ini.

Jumlah dagangan melonjak kepada 441 lot berbanding 175 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 494 kontrak daripada 225 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal pada US$3,681.00 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 17 September 2025.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan