KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas dipengaruhi oleh pengukuhan dolar US berikutan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah.
Kontrak September 2025 jatuh kepada US$3,660.20 setiap auns troy daripada US$3,676.60 yang dicatatkan pada penutupan Khamis, manakala Oktober 2025 menurun kepada US$3,676.60 daripada US$ 3,692.70 dan November 2025 menyusut kepada US$3,693.40 daripada US$3,709.50.
Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya berakhir lebih rendah pada US$ 3,714.30 setiap auns troy berbanding US$3,730.40 sebelum ini.
Jumlah dagangan meningkat kepada 772 lot daripada 441 lot semalam, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 807 kontrak daripada 494 kontrak.
Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 18 Sept, emas fizikal ditetapkan pada US$3,643.70 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial