PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejaki Kenaikan Comex

23/09/2025 08:24 PM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (Comex) di Amerika Syarikat.

RHB Investment Bank Bhd berkata emas Comex melonjak sebanyak US$68.80 untuk ditutup pada US$3,744.80 pada Isnin, dipacu oleh permintaan yang kukuh.

“Logam kuning itu dijangka meneruskan trajektori kenaikannya ke arah US$3,800 dengan rintangan seterusnya dilihat pada paras US$4,000,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan.

Kontrak September 2025 meningkat kepada US$3,789.30 setiap auns troy daripada US$3,727.80 ketika ditutup semalam manakala kontrak Oktober 2025 naik kepada US$3,806.10 daripada US$3,676.60 dan kontrak November 2025 melonjak kepada US$3,824.30 daripada US$3,761.40 sebelumnya.

Kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada harga US$3,845.40 setiap auns troy daripada US$3,782.50 sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 809 lot daripada 270 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 835 kontrak daripada 315 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berada pada harga US$3,719.70 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 22 Sept, 2025.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan