PASARAN > BERITA

Prestasi Ringgit, Harga Minyak Dorong Pasaran Getah Ditutup Meningkat

29/12/2025 06:09 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, disokong oleh penurunan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata minat belian daripada penggiat China bagi penghantaran Januari menjelang cuti Tahun Baharu Cina pada Februari depan, juga membantu pasaran tempatan.

“Kementerian Kewangan China pada Ahad berkata dasar fiskal akan menjadi lebih proaktif pada tahun depan, sekali gus menekankan tumpuan terhadap permintaan domestik, inovasi teknologi dan pengukuhan jaringan keselamatan sosial,” katanya kepada Bernama.

Harga minyak mentah meningkat pada Isnin ketika pelabur memberi tumpuan terhadap rundingan antara presiden AS dan Ukraine yang berpotensi menamatkan pertikaian di Ukraine selain ketegangan di Timur Tengah yang boleh menjejaskan bekalan, katanya.

Pada jam 4.54 petang ini, ringgit susut kepada 4.0570/0620 berbanding dolar AS daripada 4.0470/0535 pada akhir urus niaga Jumaat.

Selain itu, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, melonjak 1.24 peratus kepada US$61.39 setong setakat petang ini.

Namun, kenaikan harga minyak itu dikekang oleh kelemahan niaga hadapan getah serantau, data ekonomi China yang lembap dan rancangan Côte d’Ivoire untuk meningkatkan lagi jumlah keluasan ladang getah di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan, katanya.

Setakat jam 3 petang ini, Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 naik 8.5 sen kepada 752.0 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok satu sen kepada 575 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan