PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal

23/01/2026 10:54 AM

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan rendah pada awal dagangan Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pada 9.40 pagi, kontrak-kontrak bulan semasa iaitu Januari 2026 dan Februari 2026 masing-masing susut 1.5 mata kepada 1,714.0 dan 1,718.0, kontrak Mac 2026 turun dua mata kepada 1,698.5 manakala Jun 2026 berkurangan 0.5 mata kepada 1,704.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,439 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,435 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI turun 3.20 mata kepada 1,713.94 selepas 45 minit dagangan dijalankan berbanding 1,717.14 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan