PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

11/03/2026 08:04 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir urus niaga Rabu.

Sewaktu ditutup, kontrak semasa Mac 2026 dan September 2026 naik 0.5 mata kepada 1,682.0 dan 1,663.0 manakala April 2026 dan Jun 2026 menokok 1.0 mata masing-masing kepada 1,683.0 dan 1,681.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,392 lot daripada 9,388 semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 40,191 kontrak daripada 43,191 sebelum ini.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 7.10 mata kepada 1,708.78 daripada paras penutup 1,701.68, semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan