Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, terutamanya berikutan harga minyak mentah yang lebih kukuh.
Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata harga minyak semakin meningkat dalam keadaan konflik yang berterusan di Asia Barat sekali gus menyokong sentimen pasaran.
“Oleh itu, kami melihat paras harga melebihi RM4,400 satu tan manakala paras rintangan pada RM4,600 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 4.29 peratus kepada US$90.95 setong.
Sementara itu, menurut laporan, harga MSM dalam jangka pendek diunjurkan mencatat purata antara RM4,100 dan RM4,200 satu tan pada 2026.
Jangkaan itu disokong oleh harga minyak mentah yang kukuh, yang boleh meningkatkan daya saing ekonomi biodiesel dan menyokong potensi pelaksanaan mandat B50 oleh Indonesia.
Pada penutupan dagangan, kontrak Mac 2026 dan April 2026 masing-masing meningkat RM73 kepada RM4,385 dan RM4,471 satu tan manakala Mei 2026 menokok RM71 kepada RM4,499 satu tan.
Kontrak Jun 2026 meningkat RM65 kepada RM4,493 satu tan, Julai 2026 naik RM59 kepada RM4,471 satu tan dan Ogos 2026 menokok RM56 kepada RM4,440 satu tan.
Jumlah dagangan menyusut kepada 94,388 lot daripada 147,182 pada Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 224,565 kontrak daripada 226,797 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan menokok RM70 kepada RM4,440 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial