PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat

30/03/2026 10:04 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin susulan peningkatan permintaan terhadap aset selamat apabila pelabur mengambil peluang membeli logam berharga itu selepas mencatatkan penurunan ketara sepanjang bulan ini di tengah-tengah ketegangan perang yang semakin memuncak.

Pada penutupan dagangan, kontrak semerta Mac 2026 meningkat kepada US$4,531.70 setiap auns troy berbanding US$4,439.80 pada Jumaat lepas.

Kontrak April 2026 meningkat kepada US$4,551.70 setiap auns troy berbanding US$4,459.80, manakala kontrak Mei 2026 menokok kepada US$4,571.70 setiap auns troy berbanding US$4,479.80 sebelumnya.

Kontrak Jun, Ogos dan September 2026 turut ditutup sedikit lebih tinggi pada US$4,605.60 setiap auns troy berbanding US$4,513.70 pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 21 lot daripada 20 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka kekal pada 87 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,504.15 setiap auns troy pada penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 27 Mac, 2026.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan