KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun terdapat kenaikan di pasaran emas COMEX di Amerika Syarikat (AS), berikutan aktiviti pengambilan untung selepas peningkatan baru-baru ini.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 turun kepada US$4,709.90 setiap auns troy daripada US$4,724.20 setiap auns troy, manakala kontrak Mei 2026 susut kepada US$4,730.00 setiap auns troy daripada US$4,744.30 setiap auns troy ketika ditutup Isnin.
Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut ditutup lebih rendah kepada US$4,749.30 setiap auns troy daripada US$4,763.60 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan naik sedikit kepada lapan lot daripada tujuh lot semalam, manakala kepentingan terbuka kekal pada 57 kontrak.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,639.35 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 2 April, 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial