PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Getah Ditutup Bercampur-campur Selepas Ringgit Mengukuh

08/04/2026 06:02 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, selepas dipengaruhi oleh kelemahan dalam niaga hadapan serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga.

Niaga hadapan getah Jepun merosot, menjejaki kejatuhan harga minyak selepas gencatan senjata Asia Barat menimbulkan harapan laluan yang lebih lancar melalui Selat Hormuz.

Peniaga itu berkata sentimen juga terus tertekan oleh harga minyak mentah yang lebih lemah dan kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang lebih perlahan yang dikaitkan dengan konflik itu.

“Harga minyak menjunam hampir 15 peratus pada hari Rabu selepas Presiden Donald Trump bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu dengan Iran, mengurangkan kebimbangan bekalan selepas Washington turut berikrar untuk membantu mengatasi kesesakan penghantaran di Selat Hormuz.

“Bagaimanapun, kerugian dihadkan dengan keredaan ketegangan geopolitik, keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi China dan perkembangan positif dalam hubungan perdagangan AS-China,” katanya kepada Bernama.

Buat masa ini, minyak mentah Brent jatuh 12.75 peratus kepada US$95.34 setong.

Pada 3 petang, SMR20 susut 3.5 sen kepada 837 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 748.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan