PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

10/04/2026 02:33 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh minat belian dalam saham perbankan diterajui oleh Public Bank dan CIMB. 

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.49 mata atau 0.14 peratus kepada 1,688.73 daripada 1,686.24 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.23 mata kepada 1,691.47 dan bergerak antara 1,685.66 dan 1,692.97 mata pada sepanjang sesi dagangan pagi.

Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 512 berbanding 377 manakala 520 kaunter tidak berubah, 1,299 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.43 bilion unit bernilai RM1.09 bilion. 

Menurut Apex Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, pasaran dijangka kekal berhati-hati berikutan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran mula menunjukkan tanda-tanda tidak stabil susulan ketegangan baharu di Asia Barat menjelang rundingan AS-Iran di Pakistan hujung minggu ini.

“Ini menyebabkan pelabur kekal berhati-hati kerana sebarang gangguan baharu boleh menyekat bekalan tenaga global dan meningkatkan turun naik pasaran.

“Berdasarkan situasi ini, pasaran serantau dijangka diniagakan secara defensif, dengan pelabur memantau ketegangan Israel–Lubnan, rundingan AS–Iran dan perkembangan di Selat Hormuz,” menurut firma itu. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank meningkat empat sen kepada RM4.60, CIMB naik tujuh sen kepada RM7.45 dan RHB Bank melonjak 14 sen kepada RM8. Maybank mendatar pada RM11.16 dan TNB menurun empat sen kepada RM14.12. 

Dalam senarai paling aktif, Tanco naik dua sen kepada RM1.69, Mega Fortris meningkat enam sen kepada RM1.23, Borneo Oil dan Zetrix AI, masing-masing mendatar pada setengah sen dan 75 sen manakala Bina Puri menurun setengah sen kepada 29.5 sen. 

Dalam kalangan kaunter paling untung, Fraser & Neave meningkat 74 sen kepada RM29.82, Malaysian Pacific Industries naik 42 sen kepada RM29.76, Malayan Cement menokok 27 sen kepada RM6.81 dan Sunway Construction menambah 24 sen kepada RM6.77.

Bagi kaunter paling rugi, Nestle merosot RM1.10 kepada RM99, Kuala Lumpur Kepong menurun 44 sen kepada RM21.76, Petronas Dagangan berkurangan 32 sen kepada RM21.08 dan MISC menyusut sembilan sen kepada RM8.29.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 29.79 mata kepada 12,240.35, Indeks FBM Emas naik 33.67 mata kepada 12,392.55, Indeks FBM Emas Shariah menokok 13.82 mata kepada 12,271.96, Indeks FBM ACE menambah 37.68 mata kepada 4,412.52 dan Indeks FBM Mid 70 naik 92.72 mata kepada 17,291.07. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 96.50 mata kepada 19,773.77. Bagaimanapun, Indeks Perladangan merosot 32.98 mata kepada 8,957.11, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 0.19 mata kepada 184.29 dan Indeks Tenaga berkurangan 4.34 mata kepada 809.40.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan