KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu yang juga hari keempat berturut-turut, menjejaki prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) yang suram.
Pada akhir urus niaga hari ini, kontrak bulan semasa April 2026 susut kepada US$4,774.60 setiap auns troy berbanding US$4,799.60 sebelumnya manakala kontrak Mei 2026 berkurangan kepada US$4,795.60 daripada US$4,819.60 setiap auns troy.
Selain itu, kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga menguncup kepada US$4,812.10 setiap auns troy daripada US$4,837.50 sebelum ini.
Jumlah dagangan meningkat kepada 17 lot daripada sembilan lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 68 kontrak daripada 61 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal pada US$4,776.75 setiap auns troy menerusi penetapan London Bullion Market Association pada 21 April 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial