PASARAN > BERITA

Prestasi Serantau Cetus Aktiviti Ambil Untung, Bursa Malaysia Ditutup Rendah

22/04/2026 06:30 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada penutup dagangan Rabu, sekali gus mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut susulan aktiviti pengambilan untung berikutan prestasi bercampur-campur yang merentasi pasaran serantau.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.94 mata atau 0.29 peratus kepada 1,710.39 daripada paras 1,715.33, semalam.

Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu menokok 2.67 mata kepada 1,718.00, malah bergerak dalam julat 1,705.11 hingga 1,720.46 pada sesi hari ini.

Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 584 berbanding 565 manakala 596 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,014 tidak diniagakan dan 35 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.19 bilion unit bernilai RM2.69 bilion daripada 3.45 bilion unit bernilai RM3.18 bilion, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menyifatkan penyusutan pasaran hari ini sebaliknya memberi peluang bagi pembelian terpilih saham mewah berharga rendah dan lebih menarik.

“Namun, penyertaan pasaran dijangka kekal sederhana berikutan sentimen pelabur yang terus berwaspada berikutan ketidaktentuan geopolitik yang berpanjangan,” katanya kepada Bernama.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata indeks petunjuk utama bursa terbukti mampu bertahan melepasi paras psikologi utama 1,700 yang menunjukkan asas-asas atau pendasar kekal kukuh memberi sokongan walaupun dalam senario sentimen yang lebih menyederhana.

“Kekurangan kejelasan menyebabkan pasaran mengambil kira kemungkinan berlakunya kebuntuan yang berpanjangan berbanding penyelesaian stabil.

“Keadaan ini sekali gus mengekalkan premium risiko pada paras tinggi dan mendorong pendekatan pelaburan yang lebih defensif atau bertahan dalam kalangan pelabur domestik,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank rugi 14 sen kepada RM11.22, Public Bank susut empat sen kepada RM4.76, Tenaga Nasional kehilangan lapan sen kepada RM14.52, CIMB Group berkurangan enam sen kepada RM7.74 dan IHH Healthcare naik tujuh sen kepada RM8.81.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI turun 3.5 sen kepada 86 sen, AirAsia X rugi 10 sen kepada RM1.30, NexG naik satu sen kepada 31.5 sen, Borneo Oil tidak berubah pada setengah sen dan Perdana Petroleum naik dua sen kepada 18.5 sen.

Kaunter paling untung didahului Nestle yang meraih 72 sen kepada RM98.74, Petronas Dagangan naik 60 sen kepada RM20.60, Hong Leong Industries meningkat 22 sen kepada RM17.58, UWC bertambah 19 sen kepada RM4.97 manakala Batu Kawan untung 18 sen kepada RM21.18.

Prestasi sebaliknya bagi kaunter paling rugi termasuk Malaysian Pacific Industries susut 96 sen kepada RM35.64, Hong Leong Bank rugi 34 sen kepada RM22.62, Fraser & Neave Holdings merosot 28 sen kepada RM30.92, Hong Leong Financial Group menguncup 20 sen kepada RM19.14 dan Southern Cable kehilangan 12 sen kepada RM1.98.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Top 100 turun 29.72 mata kepada 12,453.59, Indeks FBM Emas susut 30.06 mata kepada 12,618.02, Indeks FBM Mid 70 berkurangan 15.77 mata kepada 17,835.27, Indeks FBM Emas Syariah naik 9.06 mata kepada 12,481.19 manakala Indeks FBM ACE menokok 1.04 mata kepada 4,621.55.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 171.61 mata kepada 20,152.95, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.71 mata kepada 185.88, Indeks Tenaga meningkat 13.70 mata kepada 822.04 manakala Indeks Perladangan melonjak 74.75 mata kepada 8,911.63.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.93 bilion unit bernilai RM2.42 bilion berbanding 2.14 bilion unit bernilai RM2.90 bilion, semalam.

Selain itu, dagangan waran juga berkurangan kepada 872.24 juta unit bernilai RM119.92 juta daripada 930.89 juta unit bernilai RM117.52 juta sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan menokok kepada 392.46 juta unit bernilai RM149.79 juta berbanding 375.27 juta unit bernilai RM163.50 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 311.60 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (342.63 juta), pembinaan (159.31 juta), teknologi (423.71 juta), perkhidmatan kewangan (54.77 juta), hartanah (130.48 juta), perladangan (58.38 juta), amanah pelaburan hartanah (14.30 juta), dana tertutup (13,800 unit), tenaga (199.81 juta), penjagaan kesihatan (107.28 juta), telekomunikasi dan media (50.08 juta), pengangkutan dan logistik (47.89 juta), utiliti (34.11 juta), serta amanah perniagaan (144,500 unit).

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan