PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

08/05/2026 10:48 AM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat apabila aktiviti belian diselang-seli dengan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan perkembangan geopolitik yang tidak menentu.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI menurun 1.88 mata kepada 1,756.97 daripada 1,758.85 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.78 mata kepada 1,758.07.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 244 berbanding 152 manakala 318 kaunter tidak berubah, 1,938 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 238.91 juta saham bernilai RM126.38 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup dalam zon negatif semalaman berikutan ketiga-tiga indeks utama ditutup rendah susulan peniaga menjangka lebih banyak perkembangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Beliau berkata situasi di Asia Barat kekal tidak menentu seperti dapat dilihat daripada harga minyak mentah Brent yang masih meningkat kepada US$100 setong manakala hasil 10 tahun AS naik kepada 4.386 peratus.

“Bagaimanapun, kami percaya masih terdapat ruang untuk pasaran saham tempatan terus mencatat aliran meningkat pada masa depan.

“Oleh itu, kami menjangka indeks berada dalam julat 1,755 hingga 1,765 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menurun satu sen kepada RM4.88, Tenaga Nasional berkurangan 12 sen kepada RM14.68, IHH Healthcare merosot lima sen kepada RM8.83 manakala CIMB Group menambah satu sen kepada RM8.05 dan Maybank mendatar pada RM11.26.

Dalam kalangan saham paling aktif, Inspace Creation yang mula disenaraikan di Pasaran ACE naik 2.5 sen kepada 27.5 sen, Top Glove meningkat 3.5 sen kepada 75.5 sen, Hartalega Holdings menambah tujuh sen kepada RM1.25 dan Capital A menurun 1.5 sen kepada 43 sen. 

Bagi kaunter paling untung, Malaysian Pacific Industries melonjak 58 sen kepada RM41.80, Hong Leong Bank meningkat 24 sen kepada RM22.84, Petronas Chemicals naik 12 sen kepada RM5.40, Allianz Malaysia menambah lapan sen kepada RM21.50 dan Kossan Rubber Industries menokok tujuh sen kepada RM1.20. 

Kaunter paling rugi ialah UMS Integrated menurun 16 sen kepada RM7.21, Petronas Gas berkurangan 10 sen kepada RM18.02, Kelington Group merosot sembilan sen kepada RM6.19, Pentamaster Corp menyusut lapan sen kepada RM4.30 dan KESM Industries menurun tujuh sen kepada RM4.60. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 11.83 mata kepada 12,968.90, Indeks FBMT 100 menurun 11.50 mata kepada 12,815.24, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 13.76 mata kepada 12,849.37 dan Indeks FBM Mid 70 menyusut 6.91 mata kepada 18,450.18 dan Indeks FBM ACE menurun 19.87 mata kepada 4,645.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 26.62 mata kepada 20,500.05, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.58 mata kepada 195.00, Indeks Tenaga menambah 0.45 mata kepada 812.31 dan Indeks Perladangan naik 4.68 mata kepada 8,942.45.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan