Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh harga minyak mentah yang rendah dalam ketidaktentuan berpanjangan mengenai kelangsungan perjanjian damai Asia Barat.
“Niaga hadapan getah Jepun menurun pada Selasa berikutan perjanjian gencatan senjata yang tidak stabil antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menyebabkan peniaga berhati-hati mengenai prospek inflasi dan harga tenaga.
“Sementara itu, harga minyak jatuh pada Selasa, meneruskan penurunan daripada sesi sebelumnya berikutan petunjuk bahawa terdapat kemajuan dalam usaha memulihkan aliran bekalan minyak mentah melalui Selat Hormuz selepas rundingan damai antara AS dan Iran,” katanya kepada Bernama.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 0.6 peratus kepada US$77.34 setong.
Beliau berkata sentimen turut terjejas oleh jangkaan yang meningkat terhadap dasar monetari AS yang lebih ketat berikutan inflasi dijangka berterusan.
“Dilaporkan bahawa peniaga menjangka Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas menjelang akhir tahun ini untuk mengekang tekanan inflasi akibat daripada kos tenaga yang tinggi,” katanya.
Bagaimanapun, katanya penurunan seterusnya dihadkan oleh kebimbangan mengenai bekalan getah disebabkan gangguan cuaca dan pertumbuhan industri automotif yang menggalakkan di Eropah.
Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menurun sembilan sen kepada 944 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan tiga sen kepada 792.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial