POLITIK > BERITA

PRK KUALA KUBU BAHARU : PM NAFI DAKWAAN MIC TIDAK BERI SOKONGAN KEPADA CALON KERAJAAN

21/04/2024 03:53 PM

SHAH ALAM, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa MIC tidak akan memberi sokongan dalam sebarang aktiviti kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, kerana tidak ditandingi calon Barisan Nasional (BN).

“Tak betul...Presiden MIC (Tan Sri SA Vigneswaran) hubungi saya, dia akan pergi (berkempen) esok... Isnin,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen 25 Tahun PKR, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai hasrat MIC tidak akan berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu, jika calon kerajaan bukan daripada BN, seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong dari DAP yang mewakili Pakatan Harapan (PH), pada 21 Mac.

Senarai calon untuk mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK itu sudah dikemukakan pada Anwar melalui Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan, baru-baru ini.

BN juga sebelum ini berpendirian, menghormati persetujuan supaya parti penyandang DUN itu diberikan keutamaan untuk meletakkan calon mewakili kerajaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan