POLITIK > BERITA

PRK SUNGAI BAKAP: SEBAGAI ANAK JATI DAN PENDIDIK, JOOHARI YAKIN DAPAT SOKONGAN PENGUNDI

13/06/2024 01:00 AM

NIBONG TEBAL, 12 Jun (Bernama) -- Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik dan anak jati Sungai Bakap, calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin yakin mendapat sokongan penuh daripada pengundi.

Beliau juga berjanji akan memikul amanah yang diberikan sebaik mungkin sekiranya rakyat memberi mandat kepadanya untuk menjadi wakil rakyat pada pilihan raya nanti.

“Kepercayaan yang diberikan ini saya kena ambil tanggungjawab. Saya akan pikul amanah ini sebaik mungkin. Berdasarkan pencapaian saya, tak ada masalah untuk saya (peroleh sokongan) untuk jadi wakil rakyat.

“Untuk pastikan berjaya, pengikut kena bagi sokongan yang cukup padu dan satu lagi pastikan pengikut ini berikan motivasi dan kehadiran mereka pada malam ini berikan semangat kepada saya,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon Perpaduan PRK Sungai Bakap di Simpang Ampat di sini malam ini.

Joohari turut menekankan bahawa seseorang itu perlu mempunyai akhlak yang baik jika hendak menjadi seorang pemimpin yang baik.

“Saya seorang pendidik yang mempunyai cita-cita nak pastikan semua anak didik saya mempunyai akhlak dan pemikiran yang baik serta saya akan pastikan cuba menjadi seorang calon yang baik,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan