POLITIK > BERITA

NOH OMAR SAH SERTAI BERSATU

04/07/2024 11:14 PM

SHAH ALAM, 4 Julai (Bernama) -- Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, 66, hari ini mengesahkan penyertaan beliau sebagai ahli Parti Bersatu.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata permohonan menyertai parti itu dibuat secara dalam talian semalam tanpa diketahui sesiapa dan telah diluluskan serta-merta. 

"Saya pilih Bersatu untuk terus berjuang dalam politik dan marilah kita menaiki kapal baharu demi agama, bangsa dan negara," katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media. 

Sebelum ini, Noh dipecat daripada UMNO disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan