POLITIK > BERITA

UMNO PERLU BERSATU PADU, JAUHI SIFAT SERANG SESAMA SENDIRI

22/07/2024 09:46 AM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- UMNO perlu bersatu padu dan menjauhi sifat menyerang sesama sendiri, kata Ahli Majlis Tertinggi parti itu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan. 

"Jika hendak mengkritik, pastikan ianya bersifat membina dan bukan membinasakan. Sudah tiba masanya kita kuatkan UMNO kerana rakyat sedang menilai kita," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

Tengku Zafrul berkata perkara itu disentuh pada ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini semalam. 

Menerusi hantaran itu, Tengku Zafrul juga menyifatkan kehadirannya ke mesyuarat tersebut sebagai 'sirih pulang ke gagang' kerana UMNO Bahagian Lembah Pantai merupakan permulaan beliau mendekati politik selepas mendaftar sebagai ahli pada 1998. 

"Walaupun sekarang dah jadi Ketua UMNO Bahagian Kota Raja di Selangor tapi UMNO Lembah Pantai masih dekat di hati saya," katanya. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan