ALOR SETAR, 7 Feb (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan pendekatan dan strategi gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan Sarawak dalam tempoh terdekat.
Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Majlis Sekretariat PH yang bermesyuarat minggu lepas telah meminta Jawatankuasa Pilihan Raya PH membuat persiapan awal, termasuk merangka strategi menghadapi pilihan raya berkenaan.
“Antara perkara yang akan dipertimbangkan adalah sama ada model kerjasama Kerajaan Perpaduan ketika ini, iaitu Barisan Nasional (BN) dan PH bergabung di bawah satu kerajaan akan diguna pakai dalam PRN akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata semua cadangan dan pendekatan itu akan dibentangkan melalui kertas strategi yang sedang disediakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya PH dan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua bulan.
Terdahulu, Saifuddin Nasution yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah melakukan lawatan ke tapak projek Pusat Kemudahan Perniagaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial