KOTA KINABALU, 25 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sabah telah memuktamadkan pelantikan penuh semua jawatan pada peringkat negeri dalam mesyuarat pertama yang diadakan semalam, kata Pengerusinya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
Beliau berkata penyusunan semula itu, menggabungkan barisan kepimpinan berpengalaman bersama penyertaan kepimpinan baharu termasuk golongan muda.
“Ia bagi memperkukuh struktur parti serta memastikan gerak kerja yang lebih tersusun, dinamik dan berkesan dalam mendepani cabaran semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menerusi penyusunan semula itu, Datuk Jafry Ariffin dan Datuk Mohd Hasnol Ayub, masing-masing kekal sebagai Timbalan Pengerusi dan Setiausaha BN Sabah.
BN Sabah turut melantik Datuk Richard Kastum, Datuk Teah Heok Kuin dan Chandrra Segar Soosaimany sebagai Naib Pengerusi manakala Ketua Wanita ialah Datuk Noraini Idris, Ketua Pemuda Sufian Abd Karim dan Ketua Puteri Ummi Nabilah Jamal.
Pada 21 Jan, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Mesyuarat Dewan Tertinggi BN memutuskan Arthur dilantik sebagai Pengerusi BN Sabah, manakala Jafry sebagai Timbalan Pengerusi dan Mohd Hasnol sebagai Setiausaha.
Arthur yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata BN Sabah turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera Kerajaan Perpaduan Sabah di atas komitmen, kerja keras dan semangat sinergi yang telah digerakkan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) lepas bagi memenangkan calon BN di Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
“BN Sabah menegaskan bahawa keutamaan utama kini ialah memastikan pelaksanaan penuh hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Tuntutan pulangan hasil 40 peratus, pengukuhan kuasa negeri serta pemulangan hak-hak yang telah dipersetujui dalam perjanjian tersebut.
“BN Sabah akan terus mengambil pendekatan konstruktif bagi memastikan setiap perkara di bawah MA63 dilaksanakan secara menyeluruh, demi keadilan dan masa depan Sabah,” katanya.
Berikut senarai jawatankuasa Barisan Nasional Sabah 2026:
Pengerusi: Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
Timbalan Pengerusi: Datuk Jafry Ariffin
Naib Pengerusi: Datuk Richard Kastum
Naib Pengerusi: Datuk Teah Heok Kuin
Naib Pengerusi: Chandrra Segar Soosaimany
Setiausaha: Datuk Mohd Hasnol Ayub
Bendahari: Datuk Mohamad Alamin
Pengarah Komunikasi Strategik: Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain
Ketua Wanita: Datuk Noraini Idris
Ketua Pemuda: Sufian Abd Karim
Ketua Puteri: Ummi Nabilah Jamal
Ahli Jawatankuasa:
Samasudin Yusop
Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi
Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar
Mohd Ismail Ayob
Datuk Fredie Sua
Datin Zainon Kayum Khan
Jessel Cyril Yansalang
Djuanis Mogirong
Fazil Ajak
Datuk Pang Kin Khon
Stephen Goh Thiam Boon
Lu Yen Tung
Chai Yee Fu
Guna Sekaran a/l Rajangam
Ravi a/l Margapandu
Setiausaha Kerja I: Arsad Mohammad Yusof
Setiausaha Kerja II: Yillson Yanggun
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial