PLUS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PETRONAS DAGANGAN BERHAD UNTUK MEMBANGUNKAN STESEN SUPER HIBRID PERTAMA DI LEBUH RAYA MALAYSIA

03/07/2024 09:26 AM

PETALING JAYA, 3 Julai (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan PETRONAS Dagangan Berhad untuk menjalinkan kerjasama membangunkan stesen hibrid komersial yang pertama di lebuh raya Malaysia. Kerjasama kedua-dua pendahulu industri lebuh raya dan sektor peruncitan tenaga bakal menyaksikan pembukaan Stesen Super Hibrid atau ‘Hybrid Super Station’ yang pertama. Ia akan menjadi penanda aras perkhidmatan lebuh raya di negara ini dan memberikan lebih keselesaan dan pilihan kepada pengguna.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad yang hadir bagi menyaksikan majlis menandatangani memorandum yang diadakan baru- baru ini menyatakan sokongan Kerajaan terhadap kolaborasi strategik ini. “Kerjasama strategik PLUS dan PETRONAS Dagangan ini merupakan salah satu projek berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat, khususnya pengguna lebuh raya. Dengan wujudnya Stesen Super Hibrid, rakyat yang menggunakan lebuh raya bakal menikmati perjalanan yang lebih selesa dengan pelbagai pilihan sepanjang perjalanan mereka. Kerjasama di antara PLUS dan PETRONAS Dagangan adalah selari dengan konsep MADANI yang boleh membantu menggalakkan ekonomi negara dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.”

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan