XSOLLA MERANGSANG KEHADIRAN PEMBAYARAN DI ASIA MELALUI PERKONGSIAN BAHARU, MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA PASARAN PEMAIN TEMPATAN

18/07/2024 01:09 PM

LOS ANGELES, 18 Julai (Bernama) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan pengembangan selanjutnya penyelesaian pembayaran merentasi pasaran Asia Tenggara, Asia Timur dan Pasifik. Kemasukan ke dalam pasaran membuka wilayah baharu dan mengoptimumkan saluran pembayaran sedia ada untuk wilayah paling penting bagi permainan di seluruh dunia, mewakili 46% daripada hasil permainan global. Xsolla meluaskan penyelesaian pembayaran dengan menyepadukan Maya, PayNow, WeChat Pay HK, JazzCash dan Easypaisa untuk pembangun permainan video dan pemain di Filipina, Singapura, Hong Kong dan Pakistan. Dengan pengembangan ini, pembangun permainan boleh mencapai lebih 76 juta pemain di seluruh pasaran ini dan meningkatkan kadar penukaran melalui antara muka pembayaran setempat dan pemprosesan tempatan.

Maya ialah bank digital paling pesat berkembang di Filipina dan aplikasi kewangan pengguna terbaik dalam Google Play Store dan Apple Store. PayNow di Singapura ialah saluran pembayaran masa nyata yang menawarkan kebolehcapaian sejagat melalui rangkaian bank yang luas, langkah keselamatan yang ketat dan ketersambungan pembayaran yang dipertingkat bagi lebih daripada 5 juta pengguna. JazzCash dan Easypaisa ialah aplikasi digital nombor satu Pakistan, masing-masing memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 18 juta dan 15 juta pengguna setiap tahun. WeChat Pay HK ialah saluran pembayaran mudah alih yang senang digunakan oleh lebih daripada 1 juta saudagar dalam dan luar talian di Hong Kong dan di tempat lain. Saluran ini menawarkan perkhidmatan kepada 5 juta penduduk.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan