Berjaya Sompo Insurance Lancar Kempen "MySOMPO Merdeka PA Giveaway"

19/08/2024 04:01 PM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Berjaya Sompo Insurance (Berjaya Sompo) berbesar hati mengumumkan pelancaran Kempen “MySOMPO Merdeka PA Giveaway”, suatu inisiatif merangkumi semangat perpaduan, ketahanan dan perlindungan yang dilancarkan di seluruh negara. Sejajar dengan tema Merdeka, Kempen ini bertujuan memupuk rasa selamat dan siap sedia di kalangan rakyat Malaysia, sambil mendukung visi berpandangan ke hadapan ke arah negara yang lebih selamat dan terhubung.

Dalam menyambut Hari Merdeka, adalah penting untuk kita merenungkan nilai kebebasan dan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh negara kita. Berjaya Sompo percaya bahawa kebebasan sebenar adalah tentang menjalani kehidupan dengan keyakinan dan ketenangan fikiran, dengan mengetahui bahawa anda dan orang yang anda sayangi akan dilindungi. Kempen ini meraikan kemerdekaan Negara kita dan merupakan peluang untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya perlindungan peribadi. Ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan peralatan digital supaya perlindungan boleh diakses dengan lebih senang dan mudah.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan