Jasmine Begum Dilantik Sebagai Pengerusi MIMOS

20/08/2024 12:16 PM

BUKIT JALIL, 20 Ogos (Bernama) -- MIMOS Berhad mengumumkan pelantikan Dr Jasmine Begum sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 8 Ogos 2024, menggantikan Dato’ Sri Ibrahim Ahmad yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi MIMOS sejak 1 Julai 2022 sehingga 15 Ogos 2023.

Kini, Dr. Jasmine mengetuai Urusan Korporat dan Hal Ehwal Undang-Undang di Microsoft untuk rantau ASEAN, menangani isu-isu teknologi rentas disiplin, dasar, dan masyarakat. Dengan kerjaya yang cemerlang selama lebih 30 tahun, beliau telah menerima pengiktirafan dalam bidang undang-undang, dasar, peraturan, geostrategi, dan komunikasi. Sebelum menyertai Microsoft, Dr. Jasmine pernah memegang jawatan kepimpinan di Dell, UNDP, dan Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan