TalentCorp dan NSDC International Menandatangani MoU Khidmat Nasihat Berhubung Teknologi Bagi Membina Ekosistem Kemahiran Digital di Malaysia

22/08/2024 03:38 PM

NEW DELIHI, 22 Ogos (Bernama) -- Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi dan badan pemikir di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NSDC International, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Kemahiran Nasional (NSDC) India. Kerjasama strategik ini berperanan sebagai penyelesaian untuk pembangunan kemahiran digital yang bertujuan melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran masa hadapan, sambil memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India serta inisiatif pembangunan kemahiran di kedua-dua negara.

Pertukaran MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif NSDC International, Ved Mani Tiwari telah berlangsung di ibu pejabat NSDC dan disaksikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA, serta rakan sejawatnya Menteri Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan India, YB Jayant Chaudhary.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan