Kursus Kefahaman Dan Bimbingan Pengurusan Harta Keluarga Islam Tahun 2024

10/10/2024 05:02 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Kursus Kefahaman dan Bimbingan Pengurusan Harta Keluarga Islam Tahun 2024 pada 8 dan 9 Oktober 2024 di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Program ini merupakan salah satu usaha IKIM untuk menyebarkan kefahaman dan bimbingan kepada masyarakat dalam menguruskan harta keluarga. Antara kepentingan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai setiap instrumen pengurusan harta yang sesuai bagi pengagihan harta yang hendak dilaksanakan. Ini termasuk penyediaan dokumentasi hibah dan wasiat yang sah dari aspek hukum syarak dan undang-undang.

Program yang dijalankan selama dua hari ini bermula dengan sesi “Pengurusan Harta Keluarga Islam” oleh YBrs. Tuan Mohd Syafiq bin Norizan, Peguam Syarie Syafiq Norizan & Associates dan dikendalikan oleh Puan Suzana binti Md Samsudi, Felow Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), IKIM. Antara penekanan dalam sesi ini ialah pengurusan harta keluarga amat penting dilaksanakan ketika pemilik harta masih hidup bagi memastikan pewaris mendapat hak daripada harta tersebut.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan