Inovasi Pembangunan Aplikasi Melonjak Di Asia Pasifik

14/10/2024 05:39 PM

SYDNEY, 14 Okt (Bernama) -- Perusahaan di Asia Pasifik dengan pantas menerima guna teknologi pembangunan dan penyelenggaraan (ADM) aplikasi baharu semasa menjalankan transformasi digital, menurut laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan pada hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka.

Laporan Perkhidmatan ADM Generasi Akan Datang ISG Provider Lens™ 2024 untuk Asia Pasifik mendapati bahawa pasaran ADM rantau ini berkembang pesat, kebanyakannya dipacu oleh organisasi yang menaik taraf sistem legasi, berhijrah ke awan dan menyepadukan teknologi canggih seperti AI dan ML. Pasaran global untuk perkhidmatan ADM dan infrastruktur meningkat sebanyak 57 peratus pada Q2, sebahagian besar hasilnya disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran APAC yang sedang pesat membangun, menurut ISG Index™ terkini.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan