Program Rehlah Sains 2024: Pupuk Minat Stem Dalam Kalangan Pelajar Agama Dan Tahfiz Pantai Timur

16/10/2024 10:46 AM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Program Rehlah Sains 2024, anjuran Pusat Sains Negara (PSN) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah inisiatif SciTech4U, bakal berlangsung bermula 16 Oktober hingga 30 Oktober ini, menjelajah sekolah-sekolah agama dan tahfiz di negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Program ini bertujuan untuk mendekatkan pelajar agama dan tahfiz kepada aktiviti sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM), sekaligus menyemarakkan minat mereka dalam bidang berkenaan.

Meneroka STEM Melalui Pendekatan Holistik

Menurut Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, menerusi Program Rehlah Sains 2024, PSN mengetengahkan pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif yang berkonsepkan "Hands On, Minds On, Hearts On". Objektif utama program ini adalah untuk memupuk minat terhadap bidang STEM dalam kalangan pelajar agama dan tahfiz, serta melahirkan generasi yang berfikiran kreatif, berinovasi, dan berdaya saing.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan