KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya(MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Pertubuhan Rumpun Seni Mekar Budaya (Mekar Budaya) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan pementasan teater “Sirih Bertepuk Pinang Menari’ bermula pada 29 & 30 November 2024 serta 1 Disember 2024 jam 8.30 malam di Auditorium, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pementasan teater Sirih Bertepuk Pinang Menari akan dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan beberapa orang tetamu kenamaan yang lain.
Dikenali sebagai "Datuk Drama dan Cikgu Drama", SN Datuk Noordin Hassan adalah seorang tokoh drama terawal membawa masuk corak eksperimental dalam kegiatan teater di Malaysia seawal 1969. Pemikiran-pemikiran dalam drama beliau memberikan refleksi yang kuat terhadap iklim sosio politik negara. Tidak ramai dramatis tempatan yang berhasil mengolah sebuah konsep sendiri menerusi penulisan dan amalan dramanya, namun SN Datuk Noordin Hassan adalah dramatis berwibawa yang telah membuktikannya. Justeru, program ini berhasrat mengangkat ketokohan SN Datuk Noordin Hassan, memperkenalkannya semula kepada generasi muda, memberikan tumpuan kepada jasa beliau yang berhasil meraih anugerah Sasterawan Negara menerusi karya-karya drama pentasnya.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial