Program Penghijrahan Pelaburan Paling Menarik Di Dunia Pada Tahun 2025

26/02/2025 01:19 PM

LONDON, 26 Feb (Bernama) -- Malta mengekalkan tempat pertama dalam Indeks Program Kewarganeraan Global 2025 untuk 10 tahun berturut-turut, sementara Greece menduduki tangga teratas Indeks Program Mastautin Global 2025 buat kali pertama. Kejayaan ini menyerlahkan dominasi program mastautin dan kewarganegaraan Eropah melalui pelaburan dalam senarai kedudukan tahunan Henley & Partners bagi program penghijrahan pelaburan paling penting di dunia. 

Firma tersebut telah menerima pelanggan daripada 94 negara yang berbeza pada tahun 2024 dan mendapat pertanyaan daripada lebih 180 buah negara. Sejumlah 23% daripada pemohonan yang diproses oleh Henley & Partners pada tahun lepas diterima daripada warganegara AS. Jumlah tersebut hampir sama dengan jumlah tergabung empat kumpulan warganegara berikutnya iaitu India, Turkiye, Filipina dan United Kingdom. Jika dibandingkan bilangan pelanggan Amerika Syarikat pada tahun 2024 dengan lima tahun lalu (2019), terdapat peningkatan yang amat besar, iaitu melebihi 1,000%. UK juga telah memecahkan rekod tahun lalu, dengan peningkatan jumlah pemohonan sebanyak 57% yang diserahkan oleh warganegara United Kingdom pada tahun 2024 berbanding tahun 2023.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan